Sejak akir-akhir ini kita seringkali dikejutkan dengan jenayah kolar putih. Walaupun tidak melibatkan bilangan yang ramai tetapi ia memberi impak yang besar kerana kebanyakan jenayah kolar putih melibatkan rasuah dan penyelewengan. Jenayah kolar putih merujuk kepada jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya, biasanya melibatkan pegawai.
Jika difikirkan, adalah tidak logik bagaimana seseorang yang berstatus tinggi boleh terjebak dalam kancah jenayah kolar putih. Namun semua ini berbalik kepada diri individu itu sendiri. Walau setinggi mana pun dia, tetapi mempunyai kelemahan peribadi yang lemah, memang sukar untuk mereka melepaskan diri dari terjebak dengan jenayah kolar putih. Mereka sedar tindakan mereka yang terlibat dengan rasuah dan pecah amanah itu salah, tetapi sikap mahu hidup mewah, menunujuk-nunjuk, riak, tamak dan ingin cepat kaya lebih menguasai diri mereka sehinggakan mereka melanggar batas-batas yang telah ditetapkan.
Selain itu, individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak
yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain adalah
sangat mudah untuk melakukan rasuah. Mereka akan mudah dipengaruhi dan dipujuk oleh orang lain untuk memberi atau menerima rasuah. Kesan dari amalan rasuah tersebut telah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi tersebut.
Kurangnya didikan agama dan didikan moral juga menjadi salah satu punca berlakunya jenayahkolar putih ini. rata-rata yang terlibat dengan jenayah ini ialah mereka yang mempunyai pengangan agama yang lemah. Hal ini kerana, golongan jenis ini lebih mudah menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Malah individu yang terlibat dengan rasuah ini langsung tidak berasa
malu atau takut kepada Allah apatah lagi balasanNya sama ada di dunia ataupun
pada hari akhirat.
Sebenarnya terlalu banyak yang menjadi punca dan sebab kenapa jenayah kolar putih itu berlaku. Namun semuanya berbalik pada diri individu. jika mereka memikirkan kesan jangka panjang dah tetap dengan pendirian, tidak mustahil perkara sebegini dapat dibendung. selain itu, pihak kerajaan dan semua yang terlibat juga perlulah bersama-sama berganding bahu bagi menyelesaikan masalah ini agar kita boleh mencapai angka sifar dan meneruskan agenda pembangunan negara.



